Pages

11 LANGKAH MUDAH MENJEMPUT REZEKI PETIKAN BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


11 langkah dan cara untuk menjemput rezeki adalah;
1) Mengutamakan solat
Solat adalah tiang agama. Itu ketetapanNya. Menjaga solat seperti menjaga hati si empunya rezeki. Lantas, solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus
2) Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini
Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda
Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata : ” Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siap sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon keampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dai tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar”.
3) Solat Dhuha
Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku ( Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu ( Riwayat Abu Dawud)
Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
4) Zikrullah
Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga dicintai Allah. Orang yang banyak berzikir akan merasa kemanisan dan asyik apabila menyebut-nyebut nama Allah
Zikir sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan ketika anda baring di tilam empuk tanpa perlu berada di atas sejadah. Antara kelebihan berzikir menurut kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;
  • Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
  • Menguatkan hati dan badan
  • Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
  • Zikir menarik rezeki
5) Doa
Ibnu ‘Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya
” Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Alalh hendak memberimu”.
Berdoalah dan memohon dengan Sang Pencipta kerana hanya dia mampu menunaikan doa kita
6) Mendoakan orang lain
Mendoakan orang lain juga dianggap sedekah dan sedekah pasti akan ‘berbuah’. Siapa lagi yang akan menikmati buah amal itu kalau tidak pelakunya. Marilah kita bertekad mahu menjadi orang yang paling kerap mendoakan orang lain
7) Sedekah
Formula langsung dari Allah tentang sedekah
1-1 = 10
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)
(Al-An’am 6: 160)
Jom banyakkanlah memberi. Teruskanlah memberi kerana segalanya pasti Allah balas berlipat ganda
8) Membaca Al-Quran
Aktiviti ini benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan kita di dunia dan berpanjangan hingga ke akhirat. Al-Fatihah, Surah Yasin dan Al-Waqiah adalah antara surah yang bagus diamalkan untuk menjemput rezeki
9) Asma’ul Husna
Menyebut nama Pemberi Rezeki itu sendiri sebanyak-banyaknya merupakan salah satu cara menjemput rezeki. Moga-moga Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah membukakan pelbagai pntu rezeki
10) Bersyukur
Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda, sentiasalah bersyukur. Apabila dapat nikmat kita bersyukur dan apabila dapat mudarat kita bersabar. Kemampuan bersukur adalah merupakan taufik daripada Allah. Bersyukurlah walau untuk hal-hal kecil
11) Tekun Berusaha
Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak bersungguh-sungguh, maka ramailah orang yang akan berpaling darinya
Jemputlah rezeki dengan mengagungkan Si Pemberi Rezeki. Insha Allah,  rezeki akan mudah datang kepada kita dan tanpa kita sedari.
Dan saya sangat-sangat recommend pada semua orang terutama yang selalu buntu dengan masalah kewangan itu membaca buku ini. InshaAllah, anda akan ‘nampak’ jalan yang lebih jelas dalam menyelesaikan masalah anda 🙂
Post ini saya kreditkan kepada: http://www.keluargahebat.com petikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki Nukilan Ustaz Fathuri Salehudin

@hafizhamra

Tips Mendidik Anak Prof Dr Muhaya

Tanya diri anda?Ada anak untuk apa? 
Jom dengarkan kata Prof Dr Muhaya..



Saya tertarik dengan kata kata yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya mengenai tips mendidik anak. Jom saksikan..

3 Cara memahami psikologi anak.



Bagaimana Kita Nak Faham Psikologi Anak Kita?
Untuk menjadi ibu bapa, bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk kita laksanakan jika kita tiada ilmu berkenaan Parenting.
Menjadi Ibu Bapa bukan hanya sekadar menyediakan keselesaan untuk anak-anak. Tetapi ia memerlukan kita untuk faham emosi anak.
.
.
Ada beberapa tips yang kita boleh guna untuk faham psikologi anak walaupun kita bukanlah seorang pakar.
#1. Buat Pemerhatian
Perhatikan tingkah laku anak kita. Tunjukkan yang kita berminat dengan apa yang mereka suka lakukan dan cerita pada anda.
Dari situ kita boleh lihat apa anak-anak kita suka.
.
#2. Luangkan "Quality Time" Bersama Anak
Ibu bapa sekarang banyak bekerja. Jadi sediakan satu masa khas untuk anda bersama anak-anak anda. Masa makan dan masa hantar jemput anak dari sekolah sememangnya tidak cukup bagi anak kita.
Sediakan Quality Time, yang memang hanya untuk anda dan anak anda. Supaya anda lebih faham psikologi anak anda.
.
#3. Mendengar
Dengar apa cerita yang anak anda kongsikan. Perhatikan 3 perkara dari anak anda ketika mereka berkongsi.
Tone suara
Expressions
Body Language
Dari sini kita boleh perhatikan apa yang anak anak lebih cenderung.
.
.
Psikologi anak sangat penting untuk kita fahami dan pelajari. Jika kita tak cuba faham apa yang anak kita mahu, itulah yang akan membuatkan kita menjadi "Authoritarian parenting".
Semoga anda boleh dapat manfaat.

@hafizhamra.

3 Tips Ringkas Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak


Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar.

Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, "Air dicincang tidak akan putus" Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.

Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya. 

Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!

Tips 1: 
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.

Tips 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.

"Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!"


Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.

Tips 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.

Panggil adik, beritahu adik. "Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira."

Panggil pula kakak, beritahu kakak. "Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?"

Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.

@hafizhamra

Didik Anak Cara Islam

15 Cara Dan Petua Yang Boleh Diamalkan Para Ibu Bapa.

ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS

Kawal diri sebagai ibu-bapa. Elakkan pukul anak dari lutut keatas. Kalau marah sangat, pukul tapak kaki anak.

ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK

Jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil. Rotan atau pukul anak di telapak kakinya. Pukul seadanya sahaja, bukan dengan amarah yang meluap-luap. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

AJAR ANAK SOLAT

Dalam mendidik anak mengikut cara Islam, solat adalah kunci utama.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, danpukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka” ( H.R. Ahmad & Abu Daud )

“Dan perintahkanlah ahli keluargamu mendirikan solat dan bersabarlahkamu diatas kesukaran-kesukaran yang kamu hadapi kerananya..” ( Toha : 132 )

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamudari api neraka..” ( At-Tahrim : 66 )Kata pengikut-pengikut Asy-Syafie : Hendaklah para wali ( ibu bapaatau penjaga ) memerintahkan anak-anak menghadiri jamaah solat dan menerangkan kepada mereka hukum-hukum agama yang harus merekakerjakan sebagaimana wajib atas wali memberi pendidikan kepadaanak-anak tentang aurat, arak, dusta, mengumpat dan sebagainya.

NAMA PANGGILAN YANG BAIK

Beri dan panggil anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan-kawan mereka mengetahui panggilan itu.

PELUK ANAK SETIAP HARI

Dalam mendidik anak cara Islam, kasih sayang dari ibu bapa yang ditunjukkan kepada anak sangat bermakna buatnya. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

PANDANGAN KASIH SAYANG

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

BERIKAN PUJIAN PADA ANAK

Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

AKUI KESILAPAN ANAK

Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

UTAMAKAN KELUARGA BERBANDING PERKARA LAIN

Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali. Jadi, hargailah masa bersama semasa proses anak-anak membesar.

ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK. UCAPKANLAH ‘ASTAGHFIRULLLAH’

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Dalam mendidik anak cara islam, kesabaran yang tinggi amat penting. Elakkan mengeluh. Ucapkan Astagfirullah.

DENGAR BILA ANAK BERCAKAP

Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, jadilah pendengar yang baik.

TENANGKAN ANAK

Adakalanya, anak kita panik dan tidak tahu nak buat apa. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Peluk erat-erat dan tunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

TUNJUK ANAK BAGAIMANA CARA MENENANGKAN DIRI

Jangan hanya peluk sahaja. Selitkan kata-kata nasihat dan iktibar yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama adik-beradik, leraikan dengan suara yang lembut. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

BUAT AKTIVITI BERSAMA-SAMA ANAK.

Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Buat aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Ingat, kualiti masa lebih penting daripada kuantiti. Anak akan ingat saat-saat indah mereka bersama ibu-bapa sampai bila-bila.

TERIMA ANAK SEADANYA

Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Kadang-kadang tanpa sengaja, kita akan pukul anak dan menyesal kemudiannya. Tiada ibu-bapa yang sempurna. Tujuan kita disini ialah untuk belajar bersama-sama.

Menarik? Kongsikan Kepada Kawan-Kawan Anda Yang Lain.

Semoga Bermanfaat


HAFIZ HAMRA

Kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang anak kecil.




Kisah Imam Abu Hanifah dengan seorang anak kecil.
Kredit: @rizkasam


Abu Hanifah Numan bin Tsabit, atau terkenal disebut Imam Hanafi, pernah berpapasan dengan seorang anak kecil yang tampak berjalan mengenakan sepatu kayu.
”Hati-hati, Nak, dengan sepatu kayumu itu. Jangan sampai kau tergelincir,” sang imam menasehati.


Anak kecil miskin ini pun tersenyum, menyambut perhatian pendiri mazhab Hanafi ini dengan ucapan terima kasih.


" Bolehkah saya tahu namamu, Tuan?" tanya si bocah.
" Numan."


"Jadi, Tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelar al-imam al-adham (imam agung) itu?"
"Bukan aku yang menyematkan gelar itu. Masyarakatlah yang berprasangka baik dan menyematkan gelar itu kepadaku.”


”Wahai Imam, hati-hati dengan gelarmu. Jangan sampai Tuan tergelincir ke neraka gara-gara dia. Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkanku di dunia. Tapi gelarmu itu dapat menjerumuskanmu ke kubangan api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya.”


Ulama kaliber yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Hanafi bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.



Semoga bermanfaat
Hafiz Hamra

KITA BERHUTANG KEPADA ANAK-ANAK KITA


KITA BERHUTANG KEPADA ANAK-ANAK KITA


Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan. Tetapi seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka… Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya… Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya… Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.
Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita. Kita merasa bahwa kita bisa menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita. Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap, dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajar dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu bersedia untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita. Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi. Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita gagal merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia.
Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka, “Maafkan untuk hutang-hutang yang belum tertunai… Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Tuhan tak berkenan. Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang mampu membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya… Lebih baik dari sebelumnya.”
Nukilan: Ustaz arif