Pages

11 LANGKAH MUDAH MENJEMPUT REZEKI PETIKAN BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


11 langkah dan cara untuk menjemput rezeki adalah;
1) Mengutamakan solat
Solat adalah tiang agama. Itu ketetapanNya. Menjaga solat seperti menjaga hati si empunya rezeki. Lantas, solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus
2) Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta, pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini
Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah bersabda
Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata : ” Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siap sahaja yang memohon kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, siapa sahaja yang memohon keampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya. Dai tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar”.
3) Solat Dhuha
Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:
Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku ( Allah) akan mengcukupkan pada akhir harimu itu ( Riwayat Abu Dawud)
Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
4) Zikrullah
Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga dicintai Allah. Orang yang banyak berzikir akan merasa kemanisan dan asyik apabila menyebut-nyebut nama Allah
Zikir sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan ketika anda baring di tilam empuk tanpa perlu berada di atas sejadah. Antara kelebihan berzikir menurut kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;
  • Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
  • Menguatkan hati dan badan
  • Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
  • Zikir menarik rezeki
5) Doa
Ibnu ‘Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya
” Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah sesungguhnya Alalh hendak memberimu”.
Berdoalah dan memohon dengan Sang Pencipta kerana hanya dia mampu menunaikan doa kita
6) Mendoakan orang lain
Mendoakan orang lain juga dianggap sedekah dan sedekah pasti akan ‘berbuah’. Siapa lagi yang akan menikmati buah amal itu kalau tidak pelakunya. Marilah kita bertekad mahu menjadi orang yang paling kerap mendoakan orang lain
7) Sedekah
Formula langsung dari Allah tentang sedekah
1-1 = 10
Sesiapa berbuat kebaikan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)
(Al-An’am 6: 160)
Jom banyakkanlah memberi. Teruskanlah memberi kerana segalanya pasti Allah balas berlipat ganda
8) Membaca Al-Quran
Aktiviti ini benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan kita di dunia dan berpanjangan hingga ke akhirat. Al-Fatihah, Surah Yasin dan Al-Waqiah adalah antara surah yang bagus diamalkan untuk menjemput rezeki
9) Asma’ul Husna
Menyebut nama Pemberi Rezeki itu sendiri sebanyak-banyaknya merupakan salah satu cara menjemput rezeki. Moga-moga Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah membukakan pelbagai pntu rezeki
10) Bersyukur
Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda, sentiasalah bersyukur. Apabila dapat nikmat kita bersyukur dan apabila dapat mudarat kita bersabar. Kemampuan bersukur adalah merupakan taufik daripada Allah. Bersyukurlah walau untuk hal-hal kecil
11) Tekun Berusaha
Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak bersungguh-sungguh, maka ramailah orang yang akan berpaling darinya
Jemputlah rezeki dengan mengagungkan Si Pemberi Rezeki. Insha Allah,  rezeki akan mudah datang kepada kita dan tanpa kita sedari.
Dan saya sangat-sangat recommend pada semua orang terutama yang selalu buntu dengan masalah kewangan itu membaca buku ini. InshaAllah, anda akan ‘nampak’ jalan yang lebih jelas dalam menyelesaikan masalah anda 🙂
Post ini saya kreditkan kepada: http://www.keluargahebat.com petikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki Nukilan Ustaz Fathuri Salehudin

@hafizhamra

Tips Mendidik Anak Prof Dr Muhaya

Tanya diri anda?Ada anak untuk apa? 
Jom dengarkan kata Prof Dr Muhaya..



Saya tertarik dengan kata kata yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya mengenai tips mendidik anak. Jom saksikan..